a s p i r a s i

E s c a p e Y o u r E v e r y D a y L i f e E v e r y D a y


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhan ya Ramadhan al Mubarak. Marhaban ya Ramadhan. Selamat datang ya Ramadhan. Sya'ban berlalu telah meninggalkan kita, kita tibanya bulan yg dinanti nantikan oleh seluruh umat islam di serata dunia. Bulan ramadhan yg penuh berkat dengan limpahan rahmat Allah SWT. Bersyukur kita sbb kita masih lagi dapat bertemu bulan yg sgt mulia ni. Kasihani lah kepada mereka yg tak dapat menikmati ramadhan tahun ni.


So, dalam bulan ramadhan ni semua kita tau en, kenapa bulan ramadhan ni sgt2 di nanti2kn oleh semua umt islam, en en en? ;) HAH! tudia, ada org kata, kita tnggu bulan ramadhan sbb bulan ramadhan kita posa. Ada pulak yg kata, kita tunggu sebab, lepas bulan ramadhan tu kita RAYA! YEA! hahaha, mmg betoi pn apa yg depa tu kata, mmg bulan ramadhan kita posa, dan mmg lepas ramadhan kita raya. Tp kita tau ka penghayatan ramadhan tu sendiri?


Actually ada byk perkara yg amat menyeronokkn dlm bulan ramadhan ni. Dan antara yg paling menarik adalah malam lailatul qadar. HAH! tudia! apa dia lailatul qadar ni? Kalau dari apa yg aku tau la, lailatul maknanya malam, qadar pulak, huwmm.... enth la aku pn tak tau, aku bukannya pandai sgt pun, sekadar apa yg aku tau jala. hehehe ;) tapi dalam al-quran dikatakan malam lailatul qadar ni adalah satu malam yg di gandakan segala amalan2 kita pada malam tersebut, makna katanya kalau kita buat amalan baik pada malam bukan lailatul qadar, kita hanya dapat 70 pahala, tapi kalau kita buat amalan baik pada malam lailatul qadar kita akan dapat 1000 pahala. PERGH! 1000 beb sapa tak mau. Dan semestinya, malam lailatul qadar ini adalah malam yg paling dikejari oleh orang orang yg beriman. Kita ni beriman tak? kalau kita beriman jom la kita pi cari malam lailatul qadar ni!!! ;) tapi kan, sapa ja yg tau bila malam lailatul qadar ni?? HAH! ni yg syok ni. Allah ni bijok. DIA maha bijaksana. Di rahsiakan malam lailatul qadar ni daripada kita. Even Nabi Muhammad sendiri pn tak tau bila malam
lailatul qadar. Tapi sahabat2 nabi berkata. Pada 10 malam terakhir ramadhan nabi akan buat amalan yg begitu banyak hingga tak terkira. Maknanya ada kemungkinan malam lailatul qadar ni terdapat pada 10 ramadhan yg terakhir. Manakala, ada jugak ulama2 lain kata malam lailatul qadar jatuh pada malam2 lain selain drpd 10 yg terakhir tu. HUH?? -.-" dah tu mcm na?? lagu mana kita na pi cari malam lailatul qadar ni?? HAH!! aku tau.. Apa kata kalau setiap malam di bulan posa ni kita buat amalan yg banyak2. sangat sangat banyak? Apa macam dengan itu insyallah kita akan perolehi malam lailatul qadar. Jom la kita beramal di setiap malam bulan ramadhan ni. 1000 kali ganda pahala dia, syok o0o. ;)



And selain drpd malam lailatul qadar, Allah telah turunkan mukjizat pada kita dibulan ramadhan ni. Ya mmg Allah bagi kita mukjizat. Eh? Jap bukan rasul dan nabi ja ka ada mukjizat. HAH! tudia la hampa. Tak tau cerita. Meh sini aku nak habaq mai. ;p mukjizat yg Allah turunkan kat kita tu adalah Al-Quran Karem. Kitab suci kita yg paling mulia di sisi agama kita islam. Alorh? Bukan Al Quran ni mukjizat Nabi Muhammad ka? Adoyai! Apa yg Allah turunkan pada Nabi kita Muhammad, semuanya adalah utk kita. Nabi Muhammad di lantik dan di pilih oleh Allah untuk bg petunjuk pada kita. Dan Al-Quran adalah pengangan kita. Dan hadisnya sebagai panduan ke dua kita. Maka kita kena lah beramal dengan
Al-Quran dan As sunnah Nabi Muhammad.


However, selain drpd turunnya al-Quran ada lagi cerita2 yg interesting dalam bulan ramadhan yg membukti kekuasaan dan keajaiban Allah SWT. Salah satunya adalah Perang Badar.
Tau dak perang pasai perang Badar ni? Ok lah meh na cerita serba sedikit pasai perang badar. Kalau nak tau lah kan, perang badar ni adalah perang antara org islam dengan kaum quraisy mekkah. Dah tu apa kena mengena dengan bulan ramadhan. Sat la aku nak cerita ni! ;( perang badar ni berlaku pada bulan ramadhan. Pada masa tu en. Org islam tengah posa, pastu si quraisy ni ambk kesempatan bulan yg mulia ni la nak pi attack umt islam kat madinah, sbb depa tau bulan posa salunya org islam akn berpuasa, so depa punya power tak byk la utk lawan sbb dah tak makan dr pagi lg. Org islam apa lagi tau ja nak perang takut la jugak, depa pi jumpa Rasulullah swt, Nabi kata tak pa kita pi perang, kalau
depa nak perang kita perang dengan depa. Pstu hak pengikut2 ni suspen la jugak, yala, depa dah la tak cukup org, lapaq lagi suma, mcmna nak pi perang en, dah la kat padang pasir lagi, kalau kat padang rumput mcm cerita lord of the ring tu tak pa la jugak (ak adpatasi skit ayat dia nak bagi senang na paham) ;). Tapi nabi kata tak apa. Kita kena yakin dengan diri kita. Dan yakin Allah akan tolong kita, tambah pulak di bulan ramadhan yg amat mulia ni. Apa lagi depa pn dengaq la cakap Imam kita tu, semua pakat siap2 pi perang. Bilangan tak ramai pn, skit ja tak sampai 100 000 org pn, skit sgt, mana kata kaum quraisy ni bilangan dia 100 000 org, banyak o0o. Kira2 ratio dia lebih kurang 1:5 ah lebih kurang.



Mmg kalau dr logik akal mmg umat islam kalah ah tym tu. Kira umat islam time tu mcm dalam cerita lord of the ring tu, skit ja, yg geng2 jahat tu punya la ramai. Tapi dengan izin ALLAH SWT dengan bilangan yg sedikirt tu, umt islam menang dlm perang badar tu, puak quraisy ni tersentap sat, haiz kuat rupanya umt islm ni walaupun dlm bulan ramadhan. hehehe ;) HAH! tok sah dok men2 ngn umt islam kami kuat tauw! Bila kami bersatu kami lebih kuat drpd apa yg disangkakan. hehehe ;) excited plak aku ni. Hah! tu la cerita perang badar. Ada byk lgi cerita perang2 dlm bulan ramadhan ni,
tp yg plg fames perang badar ar, hehehe ;)



Hah!
see i told you. Bulan ramadhan ni ada macam2 benda yg best. Itu aku tak cerita lagi kebaikan bulan ramadhan ni. Kalu aku cerita sat lagi berjela jela panjang karangan aku kali ni. Tak pa lah. Lain kali lah aku cerita kat kampa semua hikmah dan kelebihan bulan puasa. heee ;p Oleh itu aku nak ambk kesempatan ni utk menyeru sekian umat yg bergelar islam agar sentiasa memperbanyakkan amalan2 korunk di bulan yg sgt2 mulia ni. Sebab di bulan yg mulia ni lah kita dapat segala2nya yg kita ingin kan. Iaitu kita dapat dekatkan diri kita dengan Allah swt. Kita dapat dekatkan diri kita dengan pencipta kita. Bayangkan lah kalau kita kerja, pastu majikan kita ajak kita pi tengok wayang ka, pi makan lunch sekali ka, syok dak lagu tu? Sapa yg tak syok, kita dapat kenal rapat lg dengan majikan kita, at the same time majikan kita pun syok dapat kenal kita lebih rapat. Sama lah jugak dengan Allah. DIA akan lebih seronok bila hamba2nya dekatkn dirinya kepadanya. Insyallah kita diberkati rahmat dan di redhai olehNya. Salam ramadhan daripada aku dan selamat menunaikan kewajipan korunk semua.


p/s: selamat berpuasa chentaku, makan puas2 aw. ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Post kali bernama natijah. Hah! jangan salah sangka pulak, natijah ni bukan nama org. Sat lg igt nama sapa2 pulak, hehehe ;) natijah ni bermaksud keputusan dalam bahasa arab. So kali ni aku nak tunjuk kt hampa suma result aku baru2 ni. Result aku utk first year medic. huhuhu :'( agak sedey la result yg aku dapat ni, tapi syukur alhamdulillah aku masih lagi lulus,


Hah! Tudia result aku. Natijah kami dlm bahasa jawi, aku pun x paham sebenarnya, tp nasib bek la ada membe2 aku yg terer arab tlg bacakn, (agak tak bertuah punya bodak) hehehe ;) So no. giliran aku adalah 1709, kalu dlm kertas tu nama aku paling bawah tu. Nama aku duduk bawah bukan sebab aku paling rendah, dak dak dak, ruang tak cukup, so depa letak kat satu lagi kertas, hehehe ;) Meh sini nak habaq bagi apa yg aku dpt, hampa jgn dok gelak pulak bila aku habaq aku punya result. Igt medic ni senang ka? susah o0o!!! ok lah, first column tu anatomy, result keselurahan aku dapat 162/250. hahaha teruk tu. pastu column no. 2 tu Histology, result keseluruhan aku dpt 90/150. hahaha teruk jugak =( column no. 3 physiology (Killer subject ni) aku dapat 150/250. lagi teruk. huhuhu =( column no 4. biochem aku dapat 93/150. ni pun teruk jugak, huhuhu =( jadi markah keseluruhan aku semua adalah Maqbul (lulus), lulus la jugak, tapi tak syok ah result teruk mcm ni. huhuhuhu :'(

Tapi insyallah tahun depan aku akn cuba utk dapat Mumtaz (cemerlang) ataupun jaid jidan (sangat baik), insyallah, hampa suma doa2 kn lah aku moga2 tahun depan natijah aku lebih elok drpd ni. heee ;) Tahun ni aku dah tau apa kesilapan aku, tang mana kesilapan aku, jadi tahun depan, kita buat corrections, hehehe ;)

Jadi sapa kata medic senang meh sini aku na sekeh kepala, bagi dongga kepala tu, jdi mcm zaibo. Hahahaha ;D bagi sapa2 yg nak ambk medic tu, teruskan usaha anda, struggle gila2 pnya, jgn igt masuk univesity kira dah selamat dah, No! No! No! jgn sesekali kita kata kita dah selamat bila kita dah masuk university, sbb masa kat university ni lah kehidupan kita jd lagi tough!! penat oh! ngn assignment lg (nasib bek university aku tak dak assignments) ngeee :D nak kena basuh baju, masak lg, shopping brg2 dapur lg, pergi pasar g beli ikan danging ayam sume, susah oh! ( yela aku tak tau ah hampa yg university kat dlm malaysia ni, tapi aku duduk luar negara) so mmg rasa ah bahang dia, dengan jauh drpd family lg, org tersyg lg, kawan2 lg, nak kena pulak cakap bahasa asing ni, bahasa arab ni, bukan senang nak paham, susah jugak (tapi lama2 bijok jugak la heee ;P) jadi kena lah berusaha lebih keras lagi utk capai cita2 kita. Bukan hanya utk budak yg nak ambk medic ja, apa2 pn sama, dentist ka, farmasi ka, account ka, economist ka, tesl ka, apa ka, sama ja. Semuanya kena usaha keras. Peribahsa melayu ada mengatakan "bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian" ngeee :D
Good Luck suma org!!!

Assalamualaikum dan salam sehajtera. Yup Yup Yup. Tajuk post kali ni sempoi skit, sbb aku nak bagi tau hampa, org yg telah bagi aku satu perasaan yg sgt unik, eherm eherm.. paham2 la noh perasaan apa. hehehe ;) oklah nak bagi tau, bidadari dalam hidup aku ada 2 yg first and of course mak aku. Mama! then the second one is my chenta!


Nama dia Nurzati Azhani Binti Zainudin, umurnya? ah? tak payah habaq kuwt. hahaha ;) tinggal kat Indramahkota Kuantan, Pahang. Huh! jauhnya Kuantan dengan Kedah. Mcmna buley kenai ni? hehehe ;) pertemuan tak sengaja di ruang udara kami (myspace) hahaha. Org kata cinta cyber kan kan kan? Aku kata ini cinta yg unik. Nak buat mcmna lg, menda org dah jatuh hati. hahaha ;p







Nama dipnggl Zaty. So Zaty ni skung stdy kat Kolej Matrikulasi Gambang Pahang (KMPH), muda lagi la kalau dh stdy matrik,hehehe ;) perangai kebudak budakan, manja, mengadew, baek, dan menda yg plg aku suka kt Zaty ni adalah dia pandai masak!! hahaha =D aku suka sgt org yg pndai masak ni, senang la dia na gemukkan aku, tau la aku ni kurus keding cekeding, huhuhu :( tp tak pa. lps ni buley gemuk kuwt, dia ckp dia nak gemukkan aku nanti, hahaha ;p


So, nmpknya ada org telah curi hati aku, so sapa2 yg berani cuba la curi hati ni, sbb comfirm tak buley punya. Hahahaha ;D Acu ngan mama bagi tau, kawan biar seribu bercinta biar satu. So sapa2 yg na kawan ngn aku, mmg tadak hal lah, hehehe :) tapi kalu na bercinta tu, ada hal la. hahahaha ;D


Nak kasik tau la jugak, walaupun kami bercinta tapi kami tak pernah lupa pd sapa yg menyatukan kami. Syukur Alhamdulillah sbb telah temukan kami dan bg kami rasa perasaan yg sgt unik ni. Syukur sgt2. Dan sebagai tambahan, kami bercinta tetap cinta, tapi STUDY kami tak akan ketepikan. kan kan kan?? =) Harap harap hubungan kami diredhai dan dirahmati Allah, Nabi, Keluarga, Sahabat, dan masyarakat, insyallah.


Syg chenta dekat2 rapat2 kuwat2 sgt2!!!!!

*gmbr first tu baru dpt td,hahaha
**second tu?? huwmm, bila tah tp dlm msg tu dia kata, "jgn noty2 eh" hehehe ;p
***third tu, dalam kereta kuwt, hahahaha ;D

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Actually kali aku nak kenal kan hampa semua dgn org yg telah byk berjasa utk aku, dan depa ni la yg salu support aku. Well depa ni lah family aku. hahaha. sapa lg yg nak berjasa utk aku, mesti la depa ni. hehehee =) ok skung ni mau kasik tau skit, yg tu pak aku, nama dia Azmi b Nordin, nak cerita pnjg2 tak payah kuwt, hahaha, dan satu satu nya pmpn dlm fmly aku adalah mak aku, nama dia Norshamsiah Bt Ab Hamid. Umoq depa? alah, muda lagi. heeee ;) adek aku ada 3 org, plg besaq Danial (idung besaq) kecik skit Faez (budak gelap) lg kecik Sufyan (ucan, anak manja). Aku? yg plg tinggi tu aku la, hahaha =D fmly aku ni semuanya org kecik2 ja. Aku sorg ja tinggi skit, hahaha



*btw gmbr ni tangkap masa kami p Beijing tahun 2007, lama dah gambaq ni. Gambaq ja lama, tp org2 nya semua da besaq da, hehehe ;p





Hah! Dah tu igt depa ja ka yg salu support aku, kaum kerabat aku pn salu ja support aku, syukur alhamdulillah la keluarga kami ni besaq la jugak, hahaha, ramai adek beradek, saudara mara, mara sau dara. beradek adek suma ada. ;p

Ni Hah! gambaq family aku belah pak aku, tym ni raya la, tp gmbaq ni lama punya, tgk muka aku, muda siot! hahahaha ;p





Tudia! Ramai gila. Hahahaa, ni gambaq family aku belah mak aku, kami ini la theme kami tym raya, setahun hanya sekali, merayakan hari yg mulia ini, pakai baju warna warni mencorakkan family kami, hahaha ;p ubh lagu sendiri pulak, hahaha =))


Ni jela post aku kali ni, post satu lagi aku bagi tau hampa semua satu menda yg sgt aku hargai, teramat amat sgt la aku hargai, jdi nanti kan lah, heee ;p

salam, dan selamat sehajtera,



Assalamualaikum, dan salam sejahtera. Hah! Itu dia, aku bersama dengan artis lagenda malaysia yg hensem2, termasuklah aku, hahaha, jgn jeles ah bila tgk gambar ni, aku tak edit apa2 pun ok! Actually bkn senang nak jumpa depa ni bertiga sekali. Yela setakat nak jumpa sorg demi sorg tu biasalah, tp nak jmpa 3 3 sekali mmg luck ah. Well i got my lucky charm with me (the hair of course) hahahaha. Well kalu hampa nak kenal yang paling kiri tu nama dia Rahim Maruf, the most talkative one. Time aku nak tgkp gmbr depa ni, dia la yang plg ramah, best ah, btw gmbr ni Acu aku yg ambk and dia yg mintak na tgkp gmbr tu, aku setakat jadi model ja, hahaha =)) lepas tu yg sebelah Rahim Maruf tu adalah, tak asing dan tak bukan lg,the Bujang Lapok geng. Aziz Satar, tp skung ni dia dah tak bujang dah, org dah berumah tangga kan kan kan?? heee =) tp pak cik ni best ah jgk,mase org na tgk gmbr dia buley lg nak buat lawak bodoh, "satu... dua.. tiga....senyum....... kechik!" hahaha =)) Hah! Dan seterusnya, yg paling hensem antara yg semua tu, dan yg plg muda la katakan, hahaha tak lain tak bukan AKU LA!!! hahahaha. Dan yg terakhir plg kanan sekali tu nama dia Jin Samsudin. Enth betul ke tak aku eja nama dia, tp aku komprem ah, nama dia JIN. hahahaha. Macam mana la pak dia buley bubuh nama dia Jin? agak mushkil disitu,hahahaha,


Jadi itu jela post aku kali, gmbr ni aku tngkp masa aku nak naik flight balik Penang kat Subang Airpot, kebetulan aku naik FireFly, depa 3 org veteran ni naik sekali satu flight ngn aku balik Penang, hehehe. Ada kata kata mengatakan katanya, amboi byk betoi kata dia, hahaha, xdak lah, ada org habaq kat aku yg depa ni mai utara sebab ada function kat Sungai Petani, enth la, aku balik SP tak dak apa pn, huwmm enth la, hahaha. ok lah mau tengok Manu lawan chelsea, sapa yg menang uh? hampoih p la sapa yg mng pn, jnji bukan Manu. hahaha. Salam. Bye


Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur alhamdulillah atas kurniaan rezeki dan rahmat tuhan yang maha Esa, sebab telah bagi aku peluang, sekali lagi untuk aku buat satu lagi blog. Hahaha =)) sebelum ni aku dah ada 2 blog dah, tapi semuanya macam caroi skit, sebab malas na cari idea. Tapi kali ni, idea tu mesti banyak sebab kali aku nak buat blog aku berkenaan dengan kehidupan aku, setiap aspek aspek kehidupan aku. Baru la tak boring skit bila baca, an an an??? ;) jadi jom la sama sama kita bersuka ria dengan membaca, bukankah membaca itu amalan yang bagus, sapa yang tak baca dia tak bagus la tu. hahahaha. Okeylah kena gerak dluw, mau tidor meh, mengantuk sangat ni. salam. =)




*btw gamba uh aku tak tau nak letak gambar apa. suma gambar gambar baru tak upload lagi. hahaha. balik malaysia ni salu busy je memanjang, balik2 jadi driver budak2 g sekolah ja, huhuhu penat, nanti la, post satu lagi aku ceritakan pertemuaan antara aku dengan manusia2 lagenda di malaysia, heee :p

U n t u k H i b u r a n

M a s a K i t a

L a m an K u

Photobucket
Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat datang ke blog aku. Hah! Ini blog baru aku,hahaha, insyallah yang baru punya lebih seronok daripada yang sebelumnya, nak tau kenapa? Hah, itu yang kita kena baca. hehehe. Oh! ya lupa na bagi tau, nama aku Muhammad Afeeq Bin Azmi, orang pangil aku apek, ataupun apeksi, either way lah. Aku tinggal di utara Malaysia, org utara ni, hehehe. Utara dekat Kedah, lebih detail lagi dekat Club Cinta Sayang, Sungai Petani. Panjang pulak aku tules ni, tak apa tunggu post aku, aku sambung bercerita denga hampa suma, insyallah, Wabillahitaufik, assalamuaikum, dan salam sejahtera

C e l o t e h

P o s t e d